Pizza Hut perkenal dua piza sempena Tahun Baharu Cina

Ooooooooog Treasure Box.
Ooooooooog Treasure Box.
A
A
A

PIZZA Hut memperkenalkan dua piza sempena perayaan Tahun Baharu Cina, 'The Ooooooooong Party Box' dan 'Ooooooooog Treasure Box' yang menampilkan piza Cheesy Poppers.

Kedua-duanya menarik untuk dijadikan buah tangan dan sesuai dinikmati bersama keluarga dan orang-orang tersayang apabila berkumpul beramai-ramai.

Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, pihaknya mencadangkan satu kelainan yang menyeronokkan kepada tradisi pemberian buah tangan, selain daripada kebiasaan membawa buah oren mandarin sebagai hadiah, ianya digantikan dengan Ooooooooong Party Box yang lazat.

“Oooooooong Party Box merupakan olahan bertema Tahun Baharu Cina dari pizza The Loooooooooong Party Box yang telah dilancarkan tahun lepas.

“Keunikan piza ini terletak pada ukurannya sepanjang satu meter dan sesuai untuk dikongsi bersama 10 orang atau lebih, menjadikannya sesuai untuk majlis atau keraian, terutama sewaktu makan malam besar sebelum perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam satu kenyataan.

Emily berkata, sebagai sebahagian daripada strategi promosinya, Pizza Hut akan membuka sebuah trak piza pada 19 dan 20 Januari bertempat di Lot 10, Bukit Bintang pada jam 11 pagi hingga 8 malam.

The Ooooooooong Party Box.
The Ooooooooong Party Box.

Sebanyak 3,000 keping piza akan diagihkan secara percuma untuk dicuba oleh orang ramai, di samping beberapa permainan dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi.

Artikel Berkaitan:

The Oooooooong Party Box The Oooooooong Party Box boleh didapati secara makan di restoran atau bawa pulang berharga RM99.00 ala carte manakala Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza) berharga RM 41.90 ala carte serta boleh didapati dalam pelbagai kombo nilai yang berbaloi.

Piza ini juga tersedia dengan promosi menarik bermula sekarang hingga 23 Januari 2023, anda boleh membeli Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza) dengan harga RM22, berserta isian semula minuman secara percuma apabila anda makan di restoran.

Pesan sekarang melalui Aplikasi Pizza Hut atau kunjungi restoran Pizza Hut yang berdekatan untuk menjamu selera atau bawa pulang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.