Lelaki ditahan buat laporan palsu RM600,000 disamun

Superintendan Tok Beng Yeow
Superintendan Tok Beng Yeow
A
A
A

KULAI - Seorang lelaki ditahan disyaki membuat laporan palsu kononnya menjadi mangsa samun sehingga kerugian RM600,000.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, penahanan lelaki berusia 43 itu dilakukan selepas polis wujud keraguan dalam laporan yang dibuatnya pada kira-kira jam 9.40 malam pada Ahad lalu.

Katanya, berdasarkan laporan yang dibuat, suspek mendakwa disamun oleh tiga individu menggunakan pelitup muka dan bersenjatakan pisau ketika sedang memandu Toyota Alphard milik syarikat di Lebuhraya arah selatan selepas Plaza Tol Skudai sekitar jam 7.30 malam pada Ahad.

"Akibat kejadian itu, suspek memberitahu sebuah kotak berisi wang tunai RM600,000 di dalam kenderaan tersebut telah dilarikan selain turut kecederaan ringan di bahagian muka akibat ditumbuk.

"Soal siasat dilakukan mendapati wujud keraguan dalam percakapan suspek dan laporan polis yang dibuat.

"Pengadu mengaku telah membuat laporan palsu kerana mempunyai masalah dalam perniagaan dan perlu membuat laporan palsu untuk ditunjukkan kepada rakan perniagaannya,"katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Susulan itu, Beng Yeow berkata suspek telah direman selama dua hari bermula Rabu bagi membantu siasatan dilakukan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

"Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati membuat laporan palsu," katanya.

Artikel Berkaitan: