Perkhidmatan transaksi myBSN kembali pulih

Kenyataan oleh BSN Malaysia pada Rabu.
Kenyataan oleh BSN Malaysia pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan perbankan internet myBSN yang tergendala pada hari pertama pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) semalam, kembali pulih pagi ini.

Menurut Bank Simpanan Rakyat (BSN) Malaysia, bagaimanapun aliran trafik dijangka tinggi pada masa ini maka pihaknya menghargai kesabaran serta sokongan pelanggan.

"Perkhidmatan perbankan BSN yang lain masih beroperasi seperti biasa," kata bank berkenaan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Membalas komen netizen yang merungut tidak berjaya log masuk akaun, BSN menasihatkan pelanggan untuk mengosongkan cache dan mencuba semula dari semasa ke semasa.

Pada Selasa, pelanggan meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat mengakses perkhidmatan transaksi perbankan dalam talian, myBSN yang mengalami gangguan sejak petang semalam..

Artikel Berkaitan: