Saintis Peru temui spesies cicak berbintik emas

Spesies cicak baharu dikenali sebagai 'Proctoporus titans' ditemui di Taman Negara Otishi, Cusco, Peru. - Foto AFP
Spesies cicak baharu dikenali sebagai 'Proctoporus titans' ditemui di Taman Negara Otishi, Cusco, Peru. - Foto AFP
A
A
A

LIMA - Saintis telah menemui seekor spesies cicak baharu di kawasan semula jadi yang dilindungi di kawasan Cusco, tenggara Peru.

"Taman Negara Otishi mendedahkan spesies baharu cicak kepada dunia sains," kara Perkhidmatan Negara Kawasan Alam Semula Jadi Dilindungi.

Spesies baharu itu dinamakan 'Proctoporus titans' ditemui di pergunungan Andes pada ketinggian 3,241 meter.

Cicak berwarna kelabu gelap itu mempunyai bintik-bintik kuning dan emas di sisi badan dan kepalanya.

Ia mempunyai ekor lebih panjang selain sisik dorsal beralur dan sisik prefrontal.

Taman negara Otishi adalah kawasan dilindungi yang terletak di wilayah Cusco dan Juni serta meliputi 756,000 ekar (305,942 hektar) hutan pergunungan. - AFP