Rosmah wanita paling trending 2018 di Google

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Nama isteri bekas perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merupakan wanita yang paling trending di platform carian utama, Google bagi tahun ini.

Ini merupakan kali pertama nama Rosmah memasuki senarai 10 individu paling dicari dalam kategori “Individu Trending Malaysia 2018”.

Rosmah menduduki tempat keempat dalam senarai tersebut, mengalahkan Duchess of Sussex, Meghan Markle.

Selain Rosmah, suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut disenaraikan.

Malah, Najib merupakan individu yang paling trending dalam senarai tersebut.
Artikel Berkaitan:


Ahli politik tempatan yang lain turut disenaraikan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar serta dua menteri iaitu Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Laporan Carian Google 2018 diterbitkan oleh Google Trends dan ia mengikuti dan merekod carian di Google Malaysia pada tahun ini. - Awani