Tingkat kesedaran guna ubat

Antara tetamu yang hadir pada program yang diadakan.
Antara tetamu yang hadir pada program yang diadakan.
A
A
A

ALOR GAJAH - Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) menganjurkan Program Sembang Santai Kenali Ubat dengan memberikan penerangan dan soal jawab berkaitan ubat selamat.

Program turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Usahawan, Parlimen Alor Gajah, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka serta Duta Kenali Ubat Anda, Bahagian Farmasi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri, Noorazlinda Yaakob berkata, program bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna dalam penggunaan ubat secara rasional.

"Kami menyediakan pengguna dengan maklumat berkaitan kesihatan dan ubat melalui pelbagai isu bagi memastikan pengguna mengetahui ubat yang diambil, apa yang patut dan tidak patut diambil dan sebabnya.

"Ini penting bagi meningkatkan pelaporan kesan sampingan ubat melalui pendidikan pesakit, meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan ubat," katanya pada program yang diadakan medan selera di Alor Gajah di sini.

Hadir sama Penyelaras Parlimen Alor Gajah, Nazri Abu Kasim dan Duta Kenali Ubat Anda yang juga Timbalan Presiden PMPM, Azlin Othman.

Artikel Berkaitan: