Gempa bumi 6.2 magnitud landa Indonesia barat

Gambar hiasan - Foto 123rf
Gambar hiasan - Foto 123rf
A
A
A

JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda wilayah barat Aceh di Indonesia pada pagi Isnin namun tidak menyebabkan kerosakan atau kemalangan jiwa, lapor Xinhua memetik agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Agensi itu melaporkan gempa berlaku pada 05:30 pagi waktu tempatan Isnin (2230 GMT Ahad) dengan pusat gempa terletak 47 km di tenggara daerah Singkli Aceh dengan kedalaman 23 km di bawah dasar laut, kata agensi itu.

Gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami, katanya.

Gegaran turut dirasai di wilayah Sumatera Utara yang berdekatan.

Gegaran dirasai lemah oleh penduduk di dua wilayah itu dan tidak merosakkan rumah atau bangunan, menurut Abdul Muhari, jurucakap agensi pengurusan dan mitigasi bencana negara.

"Gempa ini tidak menyebabkan mangsa cedera dan gegaran juga tidak menyebabkan kerosakan. Kami telah memeriksa kawasan yang dilanda gempa, terutama lokasi yang paling teruk dilanda gempa itu," katanya kepada Xinhua melalui telefon. - Bernama

Artikel Berkaitan: