Axelsen tawan Terbuka Malaysia

Viktor Axelsen - Foto Bernama
Viktor Axelsen - Foto Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN badminton nombor satu dunia, Viktor Axelsen memulakan kempen musim 2023 dengan baik sama seperti musim lepas, dengan mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia.

Axelsen menjadi pemain badmintoJaguh Denmark, Viktor Axelsen menepati ramalan apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.

Dalam aksi final di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, Axelsen yang menduduki ranking pertama dunia menewaskan pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka 21-6, 21-15.

Kejayaan itu turut menyaksikan Axelsen muncul pemain pertama dari benua Eropah yang berjaya menjuarai Terbuka Malaysia dua kali berturut-turut.

Sebaliknya, Naraoka yang menyingkirkan dua wakil negara, Lee Zii Jia di pusingan pertama dan Ng Tze Yong (pusingan kedua), terlepas peluang muncul pemain pertama Jepun muncul juara Terbuka Malaysia.

“Tiada rahsia untuk memenangi kejohanan ini, saya hanya cuba melakukan yang terbaik apabila setiap kali turun ke gelanggang bermula pusingan pertama.

“Sejak dahulu lagi kejohanan ini amat dekat dengan saya. Saya gembira apabila sekali lagi dapat memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia,” kata Axelsen sejurus tamat perlawanan.

Selaku juara Terbuka Malaysia yang dinaikkan taraf kepada Super 1000 mulai tahun ini, Axelsen membawa pulang ganjaran AS$87,500 (RM379,000), manakala Naraoka meraih AS$42,500 (RM184,000).

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, beregu campuran dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong menyambar gelaran Terbuka Malaysia kali keempat selepas menewaskan wakil Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 21-11.

Beregu wanita nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan turut cemerlang apabila muncul juara apabila menewaskan gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim 21-16, 21-10.

Pemain Jepun, Akane Yamaguchi membuktikan statusnya selaku perseorangan wanita nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan selepas menang 12-21, 21-19, 21- 11 ke atas An Se Young dari Korea Selatan.

Beregu lelaki nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menutup tirai Terbuka Malaysia 2023 dengan bergaya apabila muncul juara selepas menewaskan gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-18, 18-21, 21-13.