PM tiba sesi mesyuarat permukiman jemaah menteri

Anwar sempat melambai tangan kepada petugas media pada Ahad di luar pintu masuk Kompleks Seri Perdana.
Anwar sempat melambai tangan kepada petugas media pada Ahad di luar pintu masuk Kompleks Seri Perdana.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kenderaan yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memasuki pintu hadapan Kompleks Seri Perdana pada jam 9.15 pagi tadi bagi menghadiri sesi permukiman bersama barisan jemaah menteri pada Ahad.

Ahli Parlimen Tambun itu sempat melambaikan tangannya kepada petugas-petugas media yang berada di luar pintu masuk bangunan berkenaan.

Sementara itu, beberapa kenderaan milik kementerian turut dilihat memasuki bangunan tersebut sejak jam 8.10 pagi bagi menghadiri sesi berkenaan.

Difahamkan sesi yang akan membincangkan soal hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian itu dijangka bermula pada jam 8.30 pagi.

Sebelum ini, Anwar dilapor berkata, satu program permukiman akan diadakan untuk jemaah menteri bagi menetapkan KPI setiap kementerian selain bertujuan mendapatkan input daripada menteri setelah lebih sebulan memikul tanggungjawab dan mengemukakan perkara yang dapat dilakukan atau diperbaiki.

Petugas media telah berada di luar pintu masuk kompleks tersebut sejak jam 8.20 pagi tadi lagi.

Artikel Berkaitan: