Misi serampang dua mata Honda Yuzy Estremo Team

Pasukan Honda Yuzy Estremo Team memiliki misi serampang dua mata pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2023.
Pasukan Honda Yuzy Estremo Team memiliki misi serampang dua mata pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2023.
A
A
A

PASUKAN Honda Yuzy Estremo Team memiliki misi serampang dua mata pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2023 yang menyingkap tirai hujung Februari ini.

Prinsipal pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata, pasukan yang sebelum ini dikenali Yuzy Racing mengintai peluang untuk merampas kembali gelaran juara keseluruhan kelas CP150 menerusi pelumba sensasinya Azroy Hakeem Anuar dan muncul juara keseluruhan bagi kategori pasukan selepas menamatkan saingan musim lepas di tempat ketiga.

“Ya, pasukan sebelum ini mendapat kedudukan nombor dua (CP150) selama dua tahun pada 2019 dan 2020, 2021 kita menjadi juara dan pada 2022 kita naib juara.

“2023 sudah pasti kita akan bagi saingan sengit selepas pada 2021 kita muncul juara bersama Azroy dan tahun ini sasarannya Azroy menjadi juara dan kita nak jadi juara pasukan,” katanya selepas majlis pelancaran dan memperkenalkan penaja pasukan pada Sabtu.

Honda Yuzy Estremo Team turut mempertaruhkan Shahrol Syazras yang juga anak Shahrol Yuzy dan Md Idlan Haqimi Raduan bagi kelas CP150 selain Azroy Hakeem dalam saingan perlumbaan musim ini.

Pada masa sama, bekas pelumba negara dalam Kejuaraan Motosikal Dunia kelas 250cc itu juga berkata, pasukan juga bercadang untuk membuat kemunculan semula di pentas Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023 selepas pandemik Covid-19.

Keputusan itu menyaksikan Azroy Hakeem akan beraksi dalam kelas 600cc sementara Shahrol Syazras akan bergandingan bersama pelumba baharu pasukan Haziq Hamdan bagi kategori Underbone 150cc.

“Antara perkara yang membanggakan sepanjang bergelar pelumba dan pemilik pasukan apabila anak saya kini turut mengikut jejak langkah saya dan berada bersama-sama di dalam pasukan.

Artikel Berkaitan:

“Selepas beberapa musim, saya percaya dia semakin matang dan mampu untuk menggalas tanggungjawab,” katanya.

Sebelum itu, majlis pada Sabtu menyaksikan pasukan itu mengumumkan syarikat minyak pelincir tempatan, Estremo sebagai penaja utama bermula 2023 hingga 2025.

INFO

Honda Yuzy Estremo Team akan memulakan saingan 10 perlumbaan musim ini pada pusingan pertama yang dijadual berlangsung di Litar Sepang (utara) pada 25 dan 26 Februari depan.