Golf amal Yayasan Islam Darul Ehsan kumpul dana RM400,000

Kejohanan golf amal YIDE 2023 yang disertai 128 peserta di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada Sabtu. - Foto YIDE
Kejohanan golf amal YIDE 2023 yang disertai 128 peserta di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada Sabtu. - Foto YIDE
A
A
A

SEBANYAK RM400,000 berjaya dikumpul sempena Kejohanan Golf Amal (KGA) 2023 anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada Sabtu.

Penganjuran kejohanan edisi keempat itu untuk mengumpul dana bagi pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah dan bagi merealisasikan hasrat YIDE untuk menguruskan sebuah kompleks anak yatim sendiri.

Pada kejohanan itu, YIDE turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang termasuk Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. yang menyumbang RM212,000 untul Program Kembali ke Sekolah.

Pengerusi YIDE Tan Sri Mazlan Mansor berkata, kejohanan tersebut disertai 128 pemain golf terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor, syarikat-syarikat swasta, pemaju hartanah, anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor

(MAIS) dan orang awam.

"KGA YIDE 2023 tahun ini mendapat penyertaan yang sangat memberangsangkan.

"YIDE juga mengharapkan syarikat-syarikat yang telah menyalurkan sumbangan pada hari ini (Sabtu) dan GLC di Selangor dapat terus menyumbang kepada YIDE pada masa akan datang," katanya.

Kejohanan itu dihadiri Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff dan Tengku Seri Paduka Shah Bandar, Orang Besar Istana,

Artikel Berkaitan:

merangkap Anggota MAIS, Datuk Tengku Ardy Esfandiari Tengku Abdul Hamid Shah.

Turut hadir Ahli Dewan Diraja Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar.

KGA YIDE telah memasuki edisi keempat bermula pada tahun 2015, 2018 dan 2019.

Pelancaran tabung khas Pembangunan Kompleks Anak Yatim Pulau Indah telah disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 19 Ogos 2019.

Penyumbang untuk Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah terdiri daripada Northport (Malaysia) Bhd yang menyumbang sebanyak RM30,000.

Turut menyumbang sebanyak RM10,000 ialah RMS Synergy Sdn Bhd,

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Original Kayu Nasi Kandar, Pancar Bakti Sdn. Bhd. dan Omnix (M) Sdn. Bhd.

Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd. (KHSB) pula menyumbang sebanyak RM7,000.

Sumbangan sebanyak RM5,000 pula disumbangkan oleh syarikat OSG Security, Aiman Platanium Sdn. Bhd., Suasa Efektif Sdn. Bhd., MEP Meeting & Exhibition Planners Sdn. Bhd., Menteri Besar Selangor (Incorporated) dan Tetuan Khamdan & Co.

Sinar Harian pula merupakan rakan media KGA YIDE 2023.