PAU 2022: UMNO setuju adakan bengkel bincang kesan pilihan raya

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan mengadakan bengkel bagi membincangkan kesan pilihan raya yang seperti mana yang disyorkan oleh perwakilan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan reformasi menyeluruh dilakukan terhadap parti itu.

“Kita perlu fokus dengan idea-idea baharu untuk bergerak ke hadapan. Kita perlu mengambil kira hala tuju yang telah saya gariskan dalam ucapan dasar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, ujar Ahmad Zahid, UMNO bahagian sayap wanita, pemuda dan puteri perlu duduk berbincang berhubung perubahan gerak kerja dengan penggunaan teknologi terkini serta media baharu.

Menurutnya, tindakan tersebut penting kerana ia antara perkara yang telah dilontarkan oleh kebanyakan jurucakap.

"Dalam tempoh sebulan, saya harap ada dapatan-dapatan dan cadangan-cadangan baharu yang boleh diangkat kepada parti.

"Kedah mahu pendekatan digitalisasi. Selangor juga mahu kaedah terbaharu dengan menggunakan teknologi dan media baharu digarap," ujarnya.

Artikel Berkaitan: