PAU 2022: Selesai kemelut melalui meja rundingan - Noraini

Noraini ketika bercakap pada program Bicara Nita sempena PAU 2022 yang disiarkan menerusi FB Live UMNO Online pada Jumaat.
Noraini ketika bercakap pada program Bicara Nita sempena PAU 2022 yang disiarkan menerusi FB Live UMNO Online pada Jumaat.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Wanita UMNO menggesa agar semua ahli parti mengambil pendekatan menyelesaikan sebarang ‘kemelut’ melalui rundingan bukannya dengan menyerang antara satu sama lain.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, tindakan memburukkan rakan parti lain secara terbuka hanya akan menjejaskan imej UMNO.

Jelasnya, wanita juga akan sentiasa memainkan peranan untuk mengharmonikan keadaan jika berlaku sebarang kontroversi membabitkan parti.

“Wanita UMNO ambil pendekatan bahawa kalau kita boleh selesai semua perkara melalui rundingan, mengapa tidak? Kenapa kita hendak burukan kawan, kenapa kita hendak berperang.

“Kita berada dalam satu parti yang kalah (dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan parti yang menang. Sebab itu pentingnya buat setiap ahli yang sayangkan parti untuk fokus kembali kepada perjuangan asal.

“Parti ini ditubuhkan untuk perjuangkan bangsa dan negara,” katanya ketika program Bicara Nita sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang disiarkan menerusi FB Live UMNO Online pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Norani yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, Wanita UMNO diterajuinya juga akan sentiasa teguh di belakang kepimpinan parti.

Selain itu katanya, beliau secara peribadi juga akan terus berjuang untuk memastikan kedudukan wanita sebaris dengan pemimpin lain.

Artikel Berkaitan: