Keputusan saman produksi A Aida, Amelia Handerson 27 Januari

Dari kiri: A Aida dan Amelia Handerson
Dari kiri: A Aida dan Amelia Handerson
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menetapkan keputusan saman pelanggaran kontrak membabitkan syarikat produksi, A Aida Production Sdn Bhd terhadap pelakon, Amelia Handerson pada 27 Januari ini.

Peguam, Ashmadi Othman yang mewakili syarikat produksi terbabit selaku plaintif berkata demikian ketika dihubungi selepas prosiding dalam talian dibuat di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Sementara itu, peguam, Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Amelia selaku defendan mengesahkan perkara berkenaan.

Dalam prosiding sebelum ini, saksi plaintif ketiga, Pengurus Syarikat Produksi A Aida Production Sdn Bhd, Fazeyla Ahmad, 43, berkata, syarikat itu menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.

Bagaimanapun, pelakon itu menafikan telah melanggar kontrak dan memberitahu bahawa pihak produksi tidak mengikut perjanjian awal seperti mana yang telah ditetapkan ketika dia menerima tawaran drama berjudul 'Sekali Lagi Cinta Kembali'.

Tahun lalu, Amelia dan pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada produksi A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama.

A Aida bersama sutradara drama, Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara itu ke mahkamah bagi memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.

Namun, saman terhadap Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes terbabit.

Artikel Berkaitan: