Dua premis makanan diarah tutup

Dua premis makanan diarah tutup dalam Operasi Suci dijalankan di Dataran Sentosa Bukit Sentosa.
Dua premis makanan diarah tutup dalam Operasi Suci dijalankan di Dataran Sentosa Bukit Sentosa.
A
A
A

HULU SELANGOR - Dua premis makanan di Bukit Sentosa di sini diarah tutup selepas didapati gagal mematuhi peraturan kebersihan ditetapkan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

MPHS dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, sebanyak empat kompaun dan lapan notis turut dikeluarkan dalam Operasi Suci dijalankan di Dataran Sentosa Bukit Sentosa.

Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah bagi memastikan peniaga di premis sewaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mematuhi syarat dan kebersihan ditetapkan.

"Sebanyak lapan premis diperiksa dan dua premis diambil tindakan penutupan.

“Keadaan premis uzur dan pengubahsuaian telah dilakukan di premis berkenaan. Status premis adalah gerai tetapi berubah kepada struktur bangunan premis,” kata MPHS dalam hantaran di laman Facebooknya.

Operasi yang disertai Unit Kawalan dan Penggredan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Pelesenan serta Jabatan Bangunan turut mendapati seorang peniaga menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Artikel Berkaitan: