Aaron-Wooi Yik banyak buat silap

Reaksi Aaron dan Wooi Yik selepas tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis. - Foto Bernama
Reaksi Aaron dan Wooi Yik selepas tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

DERETAN kesilapan mudah menjadi punca beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumbang di tangan wakil China, Liu Yu Chen-Ou Yuan Yi dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023.

Tampil dengan reputasi juara dunia, rentak permainan Aaron-Wooi tampak serba tidak menjadi sehingga menyaksikan mereka tewas 10-21, 23-21.

Aaron berkata, kekalahan itu berpunca daripada diri mereka sendiri yang banyak melakukan kesilapan mudah terutamanya di set pertama.

Malah, Aaron tidak mahu menggunakan tekanan membawa gelaran juara dunia sebagai alasan mereka tumbang di hadapan hampir 2,000 penyokong sendiri.

“Salah kami sendiri kerana banyak melakukan unforced error (kesalahan yang tidak sepatutnya). Memang bukan mudah untuk meraih kemenangan hari ini.

“Masa dulu (ketika) Yu Chen bergandingan dengan Liu Jun Hui pun susah kita nak menang, mereka cepat membentuk gandingan mantap.

“Hari ini juga kami turun dengan tekanan, tetapi bukan alasan buat kami. Terbuka Malaysia kejohanan sulung tahun ini, jadi banyak harus ditambah baik,” kata Aaron kepada pemberita selepas perlawanan pada Khamis.

Sebelum turun ke gelanggang, tugas berat sememangnya menanti Aaron-Wooi Yik apabila mereka tewas kepada Yu Chen-Yuan Yi dalam dua pertemuan sebelum itu - Terbuka Indonesia 2022 dan Jelajah Dunia Akhir 2022.

Artikel Berkaitan:

Kekalahan kali ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian pada Terbuka Malaysia tahun lalu apabila mara ke peringkat separuh akhir.