Bayern buru pengganti Neuer

Neuer
Neuer
A
A
A

BAYERN Munich mahu menandatangani penjaga gol baharu berikutan kecederaan kapten Jerman, Manuel Neuer baru-baru ini.

Namun pengendali Bayern, Julian Nagelsmann menegaskan pilihan yang terdapat dalam pasaran perpindahan pemain dalam tempoh musim sejuk adalah terhad.

Katanya, biarpun Sven Ulreich yang berusia 34 tahun bersedia untuk menggantikan Neuer, namun kelab tersebut masih memerlukan penjaga gawang lain.

Menurutnya, pilihan di belakang Ulreich pula terhad kepada penjaga gol muda, termasuk Johannes Schenk yang berusia 19 tahun, tanpa pengalaman perlawanan liga teratas.

“Tugas kami adalah untuk melihat pasaran, walaupun sukar pada musim sejuk (jendela perpindahan) untuk mencari penjaga gol kerana tidak banyak pilihan di pasaran yang masuk akal untuk kami.

"Ia adalah pasaran yang kompleks, untuk penjaga gol. Kami cuba melakukan sesuatu. Ulreich telah melakukannya dengan baik dalam latihan di sini.

"Tetapi kami diwajibkan untuk membawa masuk penjaga gol lain, tanpa mengira siapa nombor satu dan dua," kata Nagelsmann semasa sidang akhbar.

Neuer diketepikan untuk baki musim ini selepas menjalani pembedahan akibat kemalangan ski.

Artikel Berkaitan:

Penjaga gol itu, yang merupakan sebahagian daripada anggota skuad Jerman yang tersingkir daripada Piala Dunia pada pusingan pertama, mengalami patah kaki bahagian bawah.

Bayen Munich kini berada di Doha Qatar pada penghujung kem latihan selama seminggu menjelang musim Bundesliga dimulakan semula minggu depan.

Bayern, yang berada di puncak Bundesliga, meneruskan pemburuan mahkota liga ke-11 berturut-turut menentang RB Leipzig pada 21 Januari.

Bayern, yang mendahului empat mata di puncak Bundesliga dan enam mata di depan Leipzig di tempat ketiga, akan menentang Paris St Germain dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara bulan depan.