Pemandu, kelindan treler terlibat kemalangan positif dadah

Keadaan treler membawa muatan gula pasir yang terbabit dalam kemalangan di KM43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Khamis. - Foto PDRM
Keadaan treler membawa muatan gula pasir yang terbabit dalam kemalangan di KM43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Khamis. - Foto PDRM
A
A
A

BENTONG - Pemandu dan kelindan sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Khamis didapati positif dadah.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kedua-dua lelaki masing-masing berusia 32 dan 39 tahun itu mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, hasil siasatan polis mendapati treler yang membawa muatan gula pasir menghala ke Triang dipercayai mengalami kerosakan pada brek semasa menuruni bukit.

"Ia menyebabkan kenderaan itu terbabas dan melanggar besi penghadang sebelah kiri jalan.

"Pemandu dan kelindan mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan bahu sebelah kanan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pemandu dan kelindan treler yang terlibat kemalangan terbabit didapati positif dadah jenis amphetamine. - Foto PDRM
Pemandu dan kelindan treler yang terlibat kemalangan terbabit didapati positif dadah jenis amphetamine. - Foto PDRM

Ujar Zaiham lagi, hasil saringan ujian air kencing, kedua-duanya didapati positif dadah jenis amphetamine.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan.

"Polis menasihatkan semua pengguna agar sentiasa memandu dengan berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan khususnya kenderaan berat diselenggara dengan baik secara berkala serta berada dalam keadaan selamat di atas jalan raya," ujar Zaiham.