PAU 2022: Asyraf Wajdi umum tidak pertahan jawatan

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki secara rasmi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya ketika ini dalam pemilihan parti akan datang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada muka baharu dalam menerajui kepimpinan parti.

Menurut Asyraf Wajdi, kepimpinan baharu diyakini mampu memastikan Pemuda UMNO bangkit semula dan bergerak lebih kuat bagi mengukuhkan parti Melayu itu.

"Kita kena lihat bagaimana nak bangkit semula daripada apa yang berlaku, sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mempertahankan jawatan saya selaku Ketua Pemuda UMNO.

"Saya mengambil tanggungjawab ini untuk pastikan bahtera kita akan kembali kuat dan dinakhodai oleh orang baharu yang boleh membawa idea segar dan baharu.

"Tetapi satu perkara saya minta tolong, kita adalah pemuda yang sama-sama menyaksikan dan merasai susah payah dalam perjuangan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Khamis.

Pada Pemilihan UMNO 2018, Asyraf Wajdi memenangi pemilihan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi penggal 2018-2021.

Artikel Berkaitan:

Pada pemilihan tersebut, Asyraf Wajdi mendapat 65 undi, diikuti Senator Khairul Azwan Harun (62), Mohd Shahar Abdullah (51) dan hanya dua undi untuk Datuk Seri Jamal Yunos.