31 dijadikan tebusan selepas serangan di stesen kereta api

Seramai 31 penumpang dijadikan tebusan selepas lelaki bersenjata menyerang stesen kereta api di negeri Edo di selatan Nigeria. - Foto 123RF
Seramai 31 penumpang dijadikan tebusan selepas lelaki bersenjata menyerang stesen kereta api di negeri Edo di selatan Nigeria. - Foto 123RF
A
A
A

LAGOS - Tiga puluh satu penumpang dijadikan tebusan selepas lelaki bersenjata menyerang stesen kereta api di negeri Edo di selatan Nigeria, lapor Xinhua memetik jurucakap kerajaan negeri pada Ahad.

Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke stesen kereta api Igueben pada petang Sabtu, melepaskan tembakan ke udara dan menculik penumpang yang menuju ke Warri, sebuah bandar di negeri Delta yang berdekatan.

Pada asalnya, 32 orang dijadikan tebusan namun seorang berjaya melarikan diri, kata jurucakap Chris Nehikhare kepada pemberita di Benin City, ibu negara Nigeria.

Pasukan keselamatan mencari di kawasan belukar di sekitar stesen bagi mengesan lelaki bersenjata yang melarikan diri serta mangsa yang diculik, kata Nehikhare. - Bernama

Artikel Berkaitan: