Profesor universiti suruh pelajar hasilkan ekstasi

Ekstasi yang dihasilkan pelajar di Universiti Matsuyama itu tidak pernah dijumpai.
Ekstasi yang dihasilkan pelajar di Universiti Matsuyama itu tidak pernah dijumpai.
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Seorang pensyarah di universiti Jepun boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun kerana meminta pelajarnya menghasilkan ekstasi, menurut pihak berkuasa, hari ini.

Profesor farmakologi berusia 61 tahun di Universiti Matsuyama di barat Jepun itu didakwa menyuruh para pelajarnya menghasilkan pil MDMA pada 2013 dan dadah sintetik, 5F-QUPIC pada tahun lalu.

Dia memberitahu penyiasat kononnya ia bertujuan untuk menambah 'ilmu pengetahuan' pelajar sains farmaseutikal.

Pegawai di Kementerian Kesihatan memaklumkan ekstasi yang dihasilkan itu bagaimanapun tidak pernah dijumpai dan mungkin telah dimusnahkan.

Di bawah undang-undang negara itu, penyelidik memerlukan lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa wilayah untuk menghasilkan narkotik bagi tujuan akademik.

Dadah sintetik MDMA bertindak sebagai halusinogen dan merupakan bahan utama dalam ekstasi yang memberikan penggunanya rasa bertenaga, empati dan keseronokan yang tinggi.

5F-QUPIC yang juga dikenali sebagai 5F-PB-22 diharamkan di Jepun pada 2014 selepas ia dipercayai menyebabkan kemalangan jalan raya. - AFP

Artikel Berkaitan: