Kelindan maut, pemandu treler cedera

Keadaan treler yang terbalik selepas terbabas melanggar konkrit penghadang jalan di KM43 Lebuhraya Karak, Bentong pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM
Keadaan treler yang terbalik selepas terbabas melanggar konkrit penghadang jalan di KM43 Lebuhraya Karak, Bentong pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

BENTONG - Seorang kelindan maut manakala pemandu treler cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar konkrit penghadang jalan di selekoh Kilometer (KM) 43 Lebuhraya Karak menghala Bentong pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa, V Shunmugam, 69, meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, hasil siasatan mendapati treler yang dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun telah mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit di kawasan Bukit Tinggi.

"Ia menyebabkan treler itu terbabas melanggar konkrit penghadang jalan di lokasi kejadian.

Kelindan maut manakala pemandu treler cedera akibat kemalangan tersebut. - Foto ihsan PDRM
Kelindan maut manakala pemandu treler cedera akibat kemalangan tersebut. - Foto ihsan PDRM

"Akibat kemalangan tersebut, pemandu mengalami kecederaan patah tangan kiri manakala kelindan cedera parah di bahagian kepala dan tangan telah dihantar ke Hospital Bentong, namun meninggal dunia semasa menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Zaiham berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian itu tampil bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: