Jutawan China, Jack Ma dilihat berada di Bangkok

Jack Ma
Jack Ma
A
A
A
BANGKOK - Pengasas Kumpulan Alibaba Jack Ma dilihat berada di Bangkok pada minggu ini dan bertemu dengan chef terkemuka dan juara Muay Thai.

Gambar Ma dan chef Supinya Junsuta atau lebih dikenali sebagai "Jay Fai" dimuat naik di akaun Instagram "Jayfaibangkok" pada Jumaat dengan kapsyen "Sangat merendah diri, kami berbesar hati untuk menyambut kedatangan anda dan keluarga anda ke Jay Fai’s.”

Ma juga dilaporkan menyaksikan perlawanan tinju di Stadium Rajadamnern Bangkok. Gambar beliau dan juara tinju Thailand, Sombat Banchamek turut tular di media sosial.

Sejak kebelakangan ini Ma kurang tampil di khalayak umum selepas beliau dikatakan mengkritik pihak pengawal atur perniagaan China.

Pihak pengawal atur China dikatakan telah membatalkan IPO Ma's Ant Group dan mengenakan denda ke atas Alibaba yang mengendalikan platform beli-belah China yang popular iaitu Taobao dan Tmall, atas dakwaan amalan tidak adil.
Artikel Berkaitan:


Sejak itu, beliau bersama keluarganya dilaporkan tinggal di Tokyo. - Bernama