Manchester United sambar khidmat Butland

Jack Butland - Foto: AFP
Jack Butland - Foto: AFP
A
A
A

MANCHESTER United menandatangani penjaga gol, Jack Butland secara pinjaman dari Crystal Palace sekali gus menjadi sandaran utama David de Gea.

Butland yang telah menandatangani perjanjian sehingga akhir musim, menyertai United selepas Newcastle United memendekkan tempoh pinjaman Martin Dubravka.

“Saya telah bermain menentang David De Gea dan mewakili England bersama Tom Heaton.

“Mereka adalah penjaga gol kelas atas, dan saya menikmati peluang untuk bersaing bersama.

“Selain itu menyokong mereka sebagai rakan sepasukan,” kata Butland yang mempunyai sembilan penampilan bersama England.

Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Palace pada 2020 tetapi tidak membuat penampilan untuk mereka musim ini.

Artikel Berkaitan: