PRN: PH belum bincang kerjasama dengan BN

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) masih belum memulakan perbincangan berkenaan kerjasama dengan BN untuk menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Mesyuarat Presiden PH yang diadakan hanya menyentuh mengenai persiapan PRN secara umum.

Katanya, mesyuarat tersebut turut mengarahkan pengaktifan semula jawatankuasa pilihan raya gabungan itu.

"Tadi disebut secara umum persiapan PRN, tidak secara spesifik. Belum sampai ke situ (kerjasama PH-BN) sebab jawatan kuasa pilihan raya akan buat beberapa dulu barulah diunjur sama ada (ia) langkah munasabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menghadiri Mesyuarat Presiden PH di ibu pejabat PKR di sini pada Sabtu.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menambah, fokus paling penting PH untuk menghadapi PRN Kali ini adalah usaha bagi mempertahankan tiga negeri dikuasainya iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

"Kemudian tekad kita untuk menghantar suara pembangkang yang kuat kalaupun tidak sampai menawan atau mengambil alih Kelantan dan Terengganu.

"Kemudian kami berpendapat bahawa peluang PH tetap seimbang di negeri kedah.

Artikel Berkaitan:

"Jadi itu fokus dalam konteks kerjasama di PRN," ujarnya yang juga Setiausaha Agung PKR.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat tersebut yang turut membincangkan mengenai penambahbaikan Parlimen bersetuju untuk meneruskan langkah melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada pihak pembangkang.

"Ada beberapa perkara mengenai komposisi (PAC) yang seharusnya seimbang dengan jumlah anggota Dewan Rakyat yang ada.

"Itu sedang dipertimbangkan. Apa pun tunggu ada perbincangan dengan pihak pembangkang tentang antara perkara ini," ujarnya.

Ikuti perkembangan politik semasa negara di sini!