AEON lancar kempen Star Reward sempena 100 tahun Walt Disney

Ngai Yuen (dua dari kiri), Timbalan Pengarah Urusan Aeon Co. (M) Bhd, pada majlis pelancaran kempen Aeon Star Rewards Kick Starts 2023 With Tupperware Co. di Shah Alam. - Foto Rosli Talib
Ngai Yuen (dua dari kiri), Timbalan Pengarah Urusan Aeon Co. (M) Bhd, pada majlis pelancaran kempen Aeon Star Rewards Kick Starts 2023 With Tupperware Co. di Shah Alam. - Foto Rosli Talib
A
A
A

AEON Co. (M) Bhd (AEON) melancarkan program AEON Star Rewards bersempena sambutan ulang tahun ke-100 The Walt Disney Company (Walt Disney).

Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON, Low Ngai Yuen berkata, program yang mendapat kerjasama daripada syarikat Tupperware itu telah bermula sejak Disember lalu dan akan berlangsung sehingga Jun ini.

"Kami mengambil kesempatan untuk meraikan sambutan 100 tahun Walt Disney dengan berkolaborasi bersama jenama Tupperware menerusi motif watak-watak popular Walt Disney pada barangan jenama berkenaan.

"Sekiranya pelanggan membeli barangan di AEON berharga RM30 ke atas, mereka berpeluang mengumpul pelekat watak Walt Disney dan seterusnya menebus barangan Tupperware edisi khas," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen AEON Star Rewards Kick Starts 2023 pada Sabtu.

Watak animasi yang dipamerkan pada produk Tupperware adalah Mickey Mouse, Donald Duck, Winnie the Pooh, Snow White, Mulan, Moana serta watak-watak yang terdapat dalam filem keluaran Pixar seperti Finding Nemo, Toy Story dan banyak lagi.

Antara produk Tupperware edisi khas bagi kempen ini adalah bekas makanan, botol air mesra alam bersaiz 500 mililiter (ml) dan satu liter (L) serta bekas simpanan kedap udara.

Dalam pada itu Ngai Yuen memaklumkan, kempen berkenaan akan berlangsung di semua cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu Prime seluruh negara.

"Di AEON, kami sentiasa ingin bekerjasama dengan pihak yang berkongsi misi keceriaan di samping melindungi alam sekitar, dan Tupperware merupakan sebuah syarikat antarabangsa tersohor serta mempunyai reputasi baik dengan penghasilan produk-produk mesra alam.

Artikel Berkaitan:

Ngai Yuen menunjukkan produk Tupperware bertemakan Disney.
Ngai Yuen menunjukkan produk Tupperware bertemakan Disney.

"Kami berharap para pelanggan yang mengumpul barangan Tupperware bertemakan Walt Disney ini dapat bersama-sama mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar, serta menggunakannya apabila mengunjungi pasar raya AEON," ujarnya.

Bagi pelanggan yang berdaftar sebagai AEON Member, dua pelekat akan diberikan untuk setiap pembelian RM30 dalam satu resit dan sekiranya pembelian dilakukan dengan kad AEON Member Plus Visa / kad kredit AEON atau AEON Wallet, pelanggan akan mendapat tiga pelekat.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ngai Yuen memaklumkan, AEON akan membuka cawangannya yang ke-35 di pusat beli belah IOI City Mall Putrajaya pada 12 Januari ini.

"Sempena sambutan Tahun Baharu Cina nanti, pelanggan akan diraikan dengan pelbagai aktiviti seperti tarian singa, pemberian ang pau dan sebagainya. Jadi kami ingin menjemput orang ramai untuk berkunjung ke cawangan baharu nanti," katanya.