Penjawat awam ditahan guna Touch n Go mangsa tanah runtuh

Polis sebelum ini memaklumkan melakukan siasatan berhubung dakwaan berkaitan individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai menggunakan kad Touch n Go milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali. Gambar kecil: Sasikala Devi

A
A
A

AMPANG - Seorang penjawat awam ditahan berhubung kes kecurian barangan peribadi milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting, di Hulu Selangor 16 Disember lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam berkata, suspek yang berusia 27 tahun berkenaan ditahan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

"Dalam tangkapan itu, kami juga merampas barang dipercayai milik mangsa (kes tanah runtuh).

"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini (Sabtu) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini pada Sabtu.

Pada 1 Januari Sinar Harian melaporkan, satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan berkaitan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan kad Touch n Go milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm.

Dakwaan berkenaan tular menerusi satu hantaran dipercayai dimuat naik oleh ahli keluarga mangsa tragedi tersebut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: