AS kena sekatan baharu ke atas Iran

Gambar hiasan - Foto AFP
Gambar hiasan - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan baharu ke atas Iran berhubung bekalan dron kepada Rusia.

"Sokongan tentera rejim Iran kepada Rusia bukan sahaja menyebabkan konflik di Ukraine lebih memuncak tetapi turut mengakibatkan pelanggaran resolusi 2231 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Iran telah menjadi penyokong utama tentera Rusia. Iran mesti menghentikan sokongannya terhadap pencerobohan Rusia di Ukraine dan kami akan terus menggunakan setiap peralatan yang kami ada untuk mengganggu bekalan dan mengenakan tindakan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti ini,” lapor Agensi Anadolu memetik Setiausaha Negara, Antony Blinken pada Jumaat.

Sekatan baharu itu menyasarkan tujuh individu dalam barisan kepimpinan Qods Aviation Industries (QAI), pengeluar pertahanan Iran yang bertanggungjawab untuk reka bentuk dan pengeluaran kenderaan udara tanpa pemandu.

Turut dikenakan sekatan ialah Pertubuhan Industri Aeroangkasa (AIO), organisasi utama yang bertanggungjawab untuk menyelia program peluru berpandu balistik Iran. - Bernama