Pacuan empat roda terbabas rempuh tiang lampu

Mohd Adli
Mohd Adli
A
A
A
KUALA BERANG - Seorang lelaki berusia 45 tahun melalui detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan, berpusing dan merempuh sebatang tiang lampu di Kilometer 07 Jalan Ajil-Kuala Berang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi berdekatan hadapan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu itu, mangsa, Wong See Ling, beralamat di Wakaf Tapai, Marang tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, terdahulu sebelum kejadian, mangsa yang menaiki Nissan Navara tanpa penumpang memandu dari arah Ajil menuju ke Kuala Berang.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa terlanggar aliran air sebaik tiba di tempat kejadian hingga hilang kawalan dan berpusing lalu melanggar sebatang tiang lampu berada di atas pembahagi jalan sebelah kanan.

“Ketika kejadian hujan lebat dan kes diklasifikasi di bawah Peraturan 10 LN 166/59,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Artikel Berkaitan:


Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Adli turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya pada waktu hujan berikutan permukaan jalan licin.