LGBT, sekular dan komunis tidak mungkin diiktiraf - PM

Anwar pada temu bual dalam rancangan Naratif Khas bersama Perdana Menteri terbitan RTMmhari ini. Foto Bernama
Anwar pada temu bual dalam rancangan Naratif Khas bersama Perdana Menteri terbitan RTMmhari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf dalam Kerajaan Perpaduan.

Bercakap dalam program Naratif Khas bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini, Anwar berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh pihak tertentu yang cuba menyebarkan perkara tidak benar.

"Kadang orang politik ini dia kata umpama kalau Anwar jadi perdana menteri maka habis Islam dan sekular akan bertapak, LGBT disahkan, orang komunis bertapak.

"Ini igauan siang hari. Tentunya tidak berlaku dan insya-Allah dibawah kuasa pentadbiran saya perkara ini tidak mungkin berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang menjalankan pemerintahan berbentuk diktator.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: