[VIDEO] BN, UMNO Sabah tarik sokongan terhadap Hajiji

Bung Moktar tengah ketika mengumumkan UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah dalam satu sidang akhbar di bangunan UMNO Sabah pada malam Jumaat.
Bung Moktar tengah ketika mengumumkan UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah dalam satu sidang akhbar di bangunan UMNO Sabah pada malam Jumaat.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] UMNO dan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu diambil susulan tindakan Hajiji yang melanggar perjanjian persefahaman politik antara BN Sabah dalam pembentukan kerajaan Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

"Saya ingin memaklumkan beberapa perkara mutakhir ekoran daripada perkembangan politik semasa Sabah di mana media telah melihat beberapa perkara yang telah berlaku dan seharusnya tidak berlaku.

"UMNO Sabah telah bermesyuarat dengan ADUN-ADUN kita dengan semua pimpinan di Sabah dan dengan itu kita membuat beberapa keputusan.

"Pertama kita melihat penubuhan kerajaan Sabah selepas PRN lalu di mana telah diwujudkan satu muafakat antara BN Sabah dengan Parti Bersatu Sabah (PBS), Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

"Persefahaman politik itu antara lain menyebut ADUN BN akan memberi sokongan dan kepercayaan kepada Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah selagi mana pelantikan ahli jemaah menteri serta lantikan pengerusi syarikat milik kerajaan negeri daripada BN seperti yang termaktub dalam perjanjian persefahaman politik.

"Ini jelas di mana Hajiji telah melanggar persefahaman tersebut di mana hari ini telah mengeluarkan surat penamatan jawatan Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku pengerusi Khazanah Nasional dan juga beliau telah mengugut kita dengan rombakan kabinet tanpa berbincang, berunding dan sebagainya.

"Jadi dengan itu, keputusan kami sebulat suara UMNO BN menarik diri dan menarik sokongan terhadap Hajiji selaku Ketua Menteri dan kami sudah hilang kepercayaan selepas Hajiji keluar daripada Bersatu," katanya dalam sidang akhbar di bangunan UMNO pada malam Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama beberapa peguam dan peguam memaklumkan Hajiji telah tiada kelayakan untuk dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah.

"Jadi dengan ini mengikut Artikel Perlembagaan Negeri Sabah 6(3) 'command' bermakna ketua yang mendapat mandat dan kedua dirujuk Fasal 6(7) pula Ketua Menteri harus dipilih daripada sebuah parti yang majoriti, tetapi beliau tidak berparti bernaung dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di mana ia hanya gabungan parti.

"Jadi bermakna Hajiji telah menipu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bahawa dia ahli GRS, oleh kerana penipuan ini kami meminta Yang DiPertua Negeri Sabah menyemak dan juga memberi pandangansecara serius berhubung dengan pelantikan Sabah ini," jelasnya.

Ikuti perkembangan politik semasa negara di sini!