Piala AFF: Kuala Lumpur diramal hujan malam esok

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aksi perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dengan Thailand di Stadium National Bukit Jalil, esok diramal berlangsung dalam keadaan hujan.

MetMalaysia melalui laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan, cuaca di sebelah pagi dan petang dijangka baik namun diramal hujan pada waktu malam.

Suhu pula dijangka antara 24 darjah Celcius hingga 32 darjah Celcius pada hari itu.

Skuad Harimau Malaya kendalian Jurulatih Malaysia Kim Pan Gon mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2022 selepas menundukkan Singapura 4-1 pada aksi terakhir kumpulan B Selasa lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: