Sabah akan rombak Kabinet - Hajiji

Suasana di pintu gerbang Istana Seri Kinabalu tenang tanpa sebarang pergerakan menandakan akan berlaku pertukaran kerajaan Sabah. Gambar kecil: Hajiji
Suasana di pintu gerbang Istana Seri Kinabalu tenang tanpa sebarang pergerakan menandakan akan berlaku pertukaran kerajaan Sabah. Gambar kecil: Hajiji
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan merombak semula Kabinet negeri dalam masa terdekat, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan pada petang Jumaat dengan perincian mengenai rombakan Kabinet itu akan didedahkan dalam masa terdekat.

Sebelum itu, terdapat desas-desus mengatakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan digugurkan daripada Kabinet Sabah.

Dikatakan juga, tindakan itu diambil berikutan tindakan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) cuba berkomplot dengan Parti Warisan (Warisan) untuk menumbangkan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Spekulasi itu dikuatkan lagi menerusi satu sidang akhbar yang sepatutnya diadakan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sebuah hotel di Kota Kinabalu pada petang Khamis.

Bagaimanapun, sidang akhbar itu dibatalkan pada saat akhir selepas kira-kira tiga jam pengamal media berkumpul di hotel berkenaan.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di Istana Seri Kinabalu pada petang Jumaat mendapati tiada petanda bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertukar apabila tiada sebarang pergerakan kenderaan pihak berkaitan yang keluar dan masuk dari pintu gerbang istana berkenaan.

Artikel Berkaitan: