SPA nafi beri maklumat calon bagi tawaran kerja

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menafikan memberi maklumat calon kepada pihak tertentu yang menawarkan pekerjaan.

SPA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana individu untuk menawarkan pekerjaan bagi suruhanjaya tersebut.

"Pihak kami menerima aduan mengenai agensi menawarkan pekerjaan dalam platform WhatsApp yang membuat hantaran mesej kepada mangsa mendakwa mendapat nombor telefon daripada SPA.

"Terdapat kemungkinan wujud platform media sosial lain yang digunakan bagi menjalankan aktiviti yang sama," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

SPA turut mengingatkan serta menasihatkan orang awam agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan jerat sindiket penipuan kerja yang mendakwa maklumat calon diperoleh daripada pihaknya.

Artikel Berkaitan: