Dua beradik rentung: Punca kebakaran diketahui dalam 14 hari

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

GOMBAK - Punca sebenar kebakaran di sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga, Kampung Tanggu di sini, yang mengakibatkan dua beradik rentung akan diketahui dalam tempoh 14 hari.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, forensik bomba sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian termasuk uji kaji di makmal forensik.

"Kita akan membuat siasatan secara terperinci, hasilnya dijangka disiapkan dalam tempoh 14 hari bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya dihubungi pada Khamis.

Pada Isnin lalu, media melaporkan dua beradik, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 6, dan Nur Syaza Alfisya, 9, ditemukan rentung selepas rumah mereka terbakar jam 3.54 pagi.

Difahamkan, ketika kejadian pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci dengan ibu bapa mangsa dikatakan keluar rumah.

Artikel Berkaitan: