Lelaki mati lemas, badan terbelit jala

Anggota membawa keluar mayat mangsa untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya. (Gambar kecil: Abu Bakar)
Anggota membawa keluar mayat mangsa untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya. (Gambar kecil: Abu Bakar)
A
A
A

IPOH - Seorang pekerja kuari ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika menjala ikan di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Tasek Bakti di sini, semalam.

Mangsa, Abu Bakar Ahmad, 46, ditemui di dasar sungai dengan badannya terbelit jala selepas empat jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Subri Hussin berkata, seramai 12 anggota bomba termasuk empat anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada isteri mangsa pada jam 7.30 malam.

“Isterinya memaklumkan mangsa telah keluar menjala kira-kira jam 5 petang dan masih tidak pulang. Dia juga khuatir dengan keselamatan suaminya kerana mempunyai penyakit sawan.

"Setibanya di lokasi kejadian, kita menemui motosikal mangsa dan anggota memulakan operasi dengan menggunakan kaedah pencarian permukaan sejauh 4km," katanya.

Menurutnya, anggota turut melakukan pencarian di tebing sungai sebelum menemui mangsa pada kedalaman 1 meter.

"Mangsa ditemui pada jam 11.50 malam kira-kira 1.5km dari motosikal mangsa. Turut ditemui bakul ikan yang terselit pada pinggang mangsa.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum dituntut waris," katanya.

Artikel Berkaitan: