Menteri Pelancongan letak jawatan di syarikat balak

King Sing
King Sing
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pembalakan yang berpangkalan di Sabah, Timberwell Berhad mengumumkan peletakan jawatan Datuk Seri Tiong King Sing daripada syarikat itu berkuat kuasa pada Selasa.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat berkenaan menyatakan alasan peletakan jawatan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu disebabkan komitmen peribadi lain.

Jawatan terakhir Ahli Parlimen Bintulu itu dalam syarikat berkenaan adalah pengarah eksekutif dan pengarah urusan.

King Sing, 61, merupakan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak yang dilantik sebagai Menteri Pelancongan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember tahun lalu.

Sementara itu menurut laporan tahunan terbaharu syarikat berkenaan, King Sing dilaporkan memiliki 23.8 peratus kepentingan dalam Timberwell pada 31 Mac tahun lalu.

Artikel Berkaitan: