Warga emas ditemui lemas selepas terjatuh dari jeti

Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut melibatkan PPDA BBP Teluk Intan selain BBP Hutan Melintang sejak malam Selasa. (gambar dalam : Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mengambil mangsa.)
Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut melibatkan PPDA BBP Teluk Intan selain BBP Hutan Melintang sejak malam Selasa. (gambar dalam : Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mengambil mangsa.)
A
A
A

BAGAN DATUK - Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas selepas terjatuh di Jeti Bagan Datuk di sini pada Rabu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai seorang lelaki dipercayai lemas pada jam 10.21 malam Selasa.

Jelasnya, maklumat diterima daripada orang awam bahawa mangsa berusia 73 tahun itu hilang berdasarkan barang-barang peribadi yang ditinggalkan di jeti berkenaan.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Teluk Intan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa malam tadi dan diteruskan pada jam 8.30 pagi ini.

"Mangsa telah ditemui oleh nelayan pada jam 9.40 pagi dalam jarak 3.5 km dari lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat kemudiannya membantu mengambil mangsa dari lokasi ditemui sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: