Penumpang berhak tuntut pampasan penerbangan ditunda, batal

Penumpang yang mengalami isu penerbangan tertunda atau dibatalkan berhak menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan. - Gambar hiasan
Penumpang yang mengalami isu penerbangan tertunda atau dibatalkan berhak menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Penumpang yang mengalami isu penerbangan tertunda atau dibatalkan berhak menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan berkaitan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan, tuntutan berkenaan bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan penerbangan tersebut.

Bagi penerbangan yang ditunda dua jam atau lebih, penumpang berhak untuk mendapatkan makanan, akses panggilan telefon dan internet, manakala sekiranya tertunda lima jam atau lebih, mereka berhak menuntut penginapan serta pengangkutan.

Ciapan KPDN menerusi Twitter pada Rabu.
Ciapan KPDN menerusi Twitter pada Rabu.

Selain itu bagi penerbangan yang dibatalkan, penumpang berhak mendapatkan pembayaran semula secara penuh atau penerbangan alternatif.

KPDN menerusi ciapan di Twitter pada Rabu turut memaklumkan, pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.

Pengguna yang berhadapan situasi dinyatakan disaran untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan bagi sebarang tuntutan pampasan atau layari laman web www.mavcom.my untuk maklumat lanjut.