Insiden tampar dapat perhatian jurulatih dari Iran

Mehran berkongsi kekecewaan di TikToknya berhubung video tular tindakan seorang jurulatih pasukan bola tampar remaja menampar dua pemain.
Mehran berkongsi kekecewaan di TikToknya berhubung video tular tindakan seorang jurulatih pasukan bola tampar remaja menampar dua pemain.
A
A
A

INSIDEN video tular seorang jurulatih pasukan bola tampar remaja menampar dua pemain dalam satu kejohanan pada 16 Disember lalu menarik perhatian umum.

Seorang jurulatih bola sepak dari Iran, Mehran Rowshan turut melahirkan kebimbangan berkemungkinan tindakan jurulatih tersebut seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam pasukan itu.

“Apa yang membimbangkan saya bukan insiden jurulatih itu menampar pemain berkenaan. Namun reaksi kedua-dua pemain tersebut yang seolah tidak mempunyai apa-apa perasaan apabila diperlakukan sedemikian.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan seolah tindakan jurulatih tersebut suatu perkara biasa dan mereka tidak ada masalah jika dilakukan sedemikian. Satu video yang mengecewakan,” katanya dalam satu perkongsian di laman TikToknya.

Artikel Berkaitan: