Kebebasan bersuara perlu ada garis, tidak melampaui batas

SHAH ALAM - Kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat perlu ada garis yang harus dijaga supaya tidak melampaui batas sehingga menyentuh sensitiviti pihak lain.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana, ia akan mencetuskan kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.
"Bagaimanapun, kerajaan hari ini cukup terbuka dengan agenda mempertahankan kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat.
"Sememangnya, perkara itu juga yang kami perjuangkan sekian lama," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.