Cadangan kawal kestabilan harga makanan dibawa ke kabinet esok

Salahuddin (kanan) mengadakan pertemuan bersama Foong Hin (dua dari kanan) pada Selasa.
Salahuddin (kanan) mengadakan pertemuan bersama Foong Hin (dua dari kanan) pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM- Cadangan untuk mengawal kestabilan harga makanan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, satu pertemuan telah diadakan bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Chan Foong Hin pada Selasa.

“Perbincangan pada hari ini adalah mengenai cadangan untuk mengawal kestabilan harga daging khinzir yang menjadi tumpuan pembeli khususnya pada musim perayaan (Tahun Baru Cina),” katanya menerusi Facebook pada Selasa.

Menurutnya, Kerajaan Perpaduan komited dalam meneruskan kerjasama rentas kementerian. MAFS dan KPDN akan memastikan rantai bekalan makanan kekal stabil demi kesejahteraan rakyat.

Artikel Berkaitan: