Rafizi adakan Townhall dengar isu penduduk

Rafizi
Rafizi
A
A
A

SHAH ALAM - Satu program townhall di Parlimen Pandan akan diadakan setiap tiga bulan sekali bagi memberi peluang kepada seluruh penduduk di kawasan tersebut untuk mengutarakan isu atau masalah yang timbul.

Ahli Parlimennya, Rafizi Ramli berkata, pada program suku pertama tahun ini, ia akan memfokuskan kepada penilaian cadangan melibatkan aspek pemberian bantuan, pelaksanaan projek infrastruktur kecil dan perkara-perkara lain.

“Townhall suku pertama setiap tahun juga penting untuk menjemput pemegang taruh (stakeholders) di Pandan daripada kumpulan penduduk, persatuan dan orang ramai mendapat maklumat mengenai jumlah peruntukan tahunan yang boleh dikemukakan kepada Pusat Khidmat Parlimen Pandan.

“Kami akan menilai cadangan-cadangan (baik permohonan bantuan, projek infrastruktur kecil dan lain-lain) yang dibawa oleh penduduk untuk diperuntukkan mengikut peraturan supaya penduduk berpeluang mendapat kebaikan dari duit cukai rakyat.

“Saya berharap amalan ini dapat meningkatkan ketelusan urusan Pusat Khidmat Parlimen Pandan dan membantu saya menjalankan amanah dengan lebih berkesan,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Rafizi menambah, orang ramai juga dijemput hadir ke program tersebut pada 6 Januari ini.

“Jemput hadir beramai-ramai bagi mereka yang berkelapangan. Jemputan juga telah diedarkan kepada persatuan-persatuan penduduk, ahli jawatankuasa masjid, kuil dan gereja, serta pemegang taruh yang lain.

“Forum terbuka ini juga akan disiarkan secara digital melalui Facebook dan platform lain,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menegaskan akan sentiasa memberi khidmat terbaik sebagai seorang wakil rakyat.

“Khidmat seorang Ahli Parlimen akan sentiasa ada kekurangan, saya berharap kami akan terus berusaha atasi kekurangan itu.

“Saya berharap amalan ini dapat meningkatkan ketelusan urusan Pusat Khidmat Parlimen Pandan dan membantu saya menjalankan amanah dengan lebih berkesan,” ulasnya.