Tiga ditahan disyaki menyamun kedai serbaneka

Wanita ini antara tiga ditahan disyaki terlibat kes samun kedai serbaneka di Cheras Sabtu lalu. Antara barangan yang dirampas semasa serbuan berkenaan. - Foto PDRM
Wanita ini antara tiga ditahan disyaki terlibat kes samun kedai serbaneka di Cheras Sabtu lalu. Antara barangan yang dirampas semasa serbuan berkenaan. - Foto PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai dua lelaki dan seorang wanita ditahan dalam satu serbuan di sekitar Persiaran Surian, Petaling Jaya pada Selasa kerana disyaki terlibat kes samun sebuah kedai serbaneka di Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin berkata, ketiga-tiga suspek disyaki terlibat kes samun kedai serbaneka melibatkan kerugian bernilai RM1,500 dalam kejadian sekitar jam 3.45 pagi, Sabtu lalu.

"Kesemua suspek yang ditangkap berumur dalam lingkungan 20 hingga 26 tahun dan dua orang suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

"Hasil tangkapan ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan lapan kes samun kedai serbaneka yang berlaku di sekitar kawasan Lembah Klang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Zam Halim berkata, kesemua suspek yang merupakan warga tempatan direman lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Sebaran maklumat berkaitan boleh disalurkan melalui Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: