Amaran hujan berterusan di empat negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan di empat negeri. - Foto 123RF
MetMalaysia mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan di empat negeri. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan tahap waspada di beberapa bahagian di Sarawak bermula hari ini hingga 4 Januari.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 1.30 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan itu dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Hujan berterusan juga diramal di beberapa kawasan di Sabah membabitkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

MetMalaysia dalam kenyataan sama memberitahu keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula 6 hingga 7 Januari ini.

Menurut kenyataan itu, di Kelantan ia melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, sementara bagi Terengganu pula membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. - Bernama

Artikel Berkaitan: