Gerai roti canai popular diarah tutup

Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut melakukan pemeriksaan di gerai roti canai popular di Jalan Transfer, pada Isnin.
Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut melakukan pemeriksaan di gerai roti canai popular di Jalan Transfer, pada Isnin.
A
A
A

GEORGETOWN - Sebuah gerai roti canai popular di sini diarah tutup selama 14 hari kerana tidak menepati piawaian kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Notis penutupan itu dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut di sini, selepas melakukan pemeriksaan di gerai tersebut bermula jam 11 pagi pada Isnin.

Penutupan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan pengusaha pemilik gerai melakukan kerja-kerja pembersihan.

Gerai roti canai warisan dan kedai minuman itu turut dikompaun RM500 kerana tidak menyediakan persekitaran yang bersih kepada pelanggan ketika diperiksa.

Difahamkan pemeriksaan itu dilakukan susulan tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan pekerja gerai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum sambung menebar roti.

Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut melekatkan notis penutupan gerai.
Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut melekatkan notis penutupan gerai.

Sejak video itu dimuat naik, ia telah menarik perhatian 500,000 netizen di Twitter dengan lebih 2,000 ciapan balas.

Sementara itu, pemilik gerai terbabit, Shahjahan Abdul Hamid berkata, pihaknya akur dengan arahan berkenaan dan memohon maaf kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan:

“Tempoh yang diberi itu akan digunakan sebaiknya bagi membersihkan gerai ini,” katanya.