PSG pincang tanpa Messi, Neymar

Mbappe (kanan) seperti hilang arah tanpa Messi dan Neymar. -Foto EPA.
Mbappe (kanan) seperti hilang arah tanpa Messi dan Neymar. -Foto EPA.
A
A
A

TANPA bintang Piala Dunia 2022, Lionel Messi dan pemain sensasi, Neymar, Paris Saint-Germain (PSG) kecundang buat kali pertama sejak 20 Mac tahun lalu apabila ditundukkan RC Lens 3-1.

"Lens berhak menang," kata jurulatih PSG, Christophe Galtier.

Lens hanya tewas sekali 0-1 kepada Lille Oktober tahun lalu dalam saingan Ligue 1 musim ini.

Mereka merapatkan jurang kepada empat mata di belakang PSG yang kekal menghuni tangga teratas selepas 17 perlawanan.

Jurulatih Lens, Franck Haisse gembira dengan kemenangan bermakna itu.

"Kemenangan ini membuktikan yang kami mampu menewaskan sesiapa saja dalam pertandingan ini," katanya.

Kekalahan terakhir PSG adalah kepada Monaco 0-3 sembilan bulan lalu.

PSG beraksi tanpa Messi yang belum kembali selepas kejayaan bersama Argentina di Qatar, dan Neymar yang digantung satu perlawanan.

Hanya pemenang Kasut Emas Piala Dunia, Kylian Mbappe memimpin serangan PSG.

Pada aksi itu, Lens mendahului pada minit kelima menerusi Przemyslaw Frankowski.

Hugo Ekitike menyamakan kedudukan tiga minit kemudian sebelum Lois Openda kembali meletakkan Lens di depan.

Pada separuh masa kedua, Openda mengumpan bola kepada Alexis Claude Maurice untuk gol ketiga Lens.

Messi akan kembali menyertai PSG dalam masa terdekat.