Mayat remaja lemas ditemukan

Anggota penyelamat membawa keluar mayat mangsa yang ditemui pada jam 3.55 petang pada Ahad. - Foto JBPM
Anggota penyelamat membawa keluar mayat mangsa yang ditemui pada jam 3.55 petang pada Ahad. - Foto JBPM
A
A
A

BENTONG - Mayat seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Jambatan Kemasul 1, dekat Sungai Pertang di Felda Kemasul di sini pada Sabtu ditemukan pada Ahad.

Mangsa, Muhammad Firdaus Yuseri, 16, ditemui jam 3.55 petang pada jarak 10 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui di kedalaman kira-kira tiga meter oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan mangsa keluar berseorangan ke sungai untuk memancing pada sebelah petang.

Mangsa disedari hilang selepas mendapati motosikal dan alatan memancing ada di lokasi.

Artikel Berkaitan: