Piala AFF: Harimau Malaya tiada tekanan hadapi Singapura

Tuck optimis pasukan negara mampu benam Singapura. - Foto Facebook FAM
Tuck optimis pasukan negara mampu benam Singapura. - Foto Facebook FAM
A
A
A

TIADA istilah tekanan menyelubungi pemain negara ketika cuba mencari kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini.

Pemain naturalisasi negara, Lee Andrew Tuck berkata, para pemain hanya menumpukan kepada persiapan untuk menghadapi perlawanan tersebut dan percaya sudah bersedia untuk menewaskan skuad The Lions.

"Kami tidak merasai sebarang tekanan. Kami tahu kami perlu untuk memastikan pasukan ke separuh akhir, namun sekarang ini semua pemain dalam keadaan tenang.

Kami melakukan persiapan yang rapi dan pada hari perlawanan kami mahu beraksi dengan yakin. Kami melihat ke hadapan dan percaya mempunyai kemampuan untuk melangkah ke separuh akhir," katanya.

Dalam pada itu, Tuck yang diumumkan sebagai pemain baharu Kedah FC mengakui gembira selepas membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab dari utara itu.

Bagaimanapun, dia juga memahami memahami kehampaan sesetengah penyokong Sri Pahang FC sehinggakan ada yang mengecamnya sebagai tidak berterima kasih kepada kelab lamanya itu.

"Secara jujurnya, saya bercakap dengan Sri Pahang selepas menunggu selama beberapa bulan sama ada mereka mahu menyambung kontrak saya atau tidak. Saya mahu kekal di kelab tersebut.

"Saya juga sanggup dipotong gaji, namun kami tidak mencapai kata putus. Saya mengharapkan yang terbaik untuk Sri Pahang kerana kelab itu adalah yang terbaik.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang berlaku ini juga tidak menjejaskan fokus saya bersama pasukan kebangsaan," katanya.