Polis tahan lelaki bunuh penganggur

Polis menjalankan siasatan terhadap mangsa yang ditemukan mati di Chemor pada malam Jumaat.
Polis menjalankan siasatan terhadap mangsa yang ditemukan mati di Chemor pada malam Jumaat.
A
A
A

IPOH - Polis berjaya menyelesaikan kes bunuh membabitkan penganggur yang lari daripada pengawasan polis di Taman Klebang Putra, Chemor di sini dalam tempoh 17 jam apabila menahan seorang lelaki pada petang Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek merupakan warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan di Chemor bagi membantu siasatan.

"Siasatan dijalankan selepas mangsa berusia 37 tahun ditemukan mati di hadapan rumahnya, malam Jumaat dengan kesan kecederaan dipercayai akibat kemalangan jalan raya.

"Hasil bedah siasat bagaimanapun mengesahkan punca kematian mangsa adalah kecederaan pelbagai akibat objek tumpul," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Mohd Yusri, suspek akan direman pada Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Polis kini sedang giat mengesan rakan sejenayah yang masih bebas.

"Siasatan lanjut diteruskan bagi melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada timbalan pendakwa raya bagi cadangan pertuduhan," katanya.

Artikel Berkaitan: